Tuesday, November 6, 2012

pindah

Dear my belog...

Alhamdulillah.
Sudah sampai rumah. Ni bukan bayangan gurauan lagi. Bukan juga suci dalam debu. Ini adalah realiti. Sekarang tidur di rumah. Makan banyak-banyak di rumah dan jugak kentut di rumah. Sangat aman dan tenteram. Ngaa~

Not-so-stupid-old-story.
Banyak gila (iye memang gila sebab tu guna perkataan gila di sini) barang-barang yang di bawa pulang. Maklumlah selama tiga tahun betapa kat u memang tak bawak balik barang-barang pon. Every cuti semester mesti tukar mood muka tebal~menumpangkan barang di mana-mana lokasi yang diingini. contohnya rumah Along, bilik Midah dan jugak bilik mensyuarat PEKA. Hehe~ Tapi memandangkan cuti semester kali ni amat bermakna (Haha..bermaknalah sangatkan) aku menagmbil keputusan untuk bawak balik semua barang yang dirasakan berharga. Yang tak berapa berharga aku ada solution lain. Kekeke~Trip pertama barang-barang aku dihantar pulang ialah pada minggu peperiksaan. Sebab abang(with s sebab Abang Chik dan Abang Uda datang together) aku boleh datang masa tu aje. Thank Allah, i got abang-abang yang baek hati. So hampir 50% barang-barang telah dihantar ke rumah Abang Uda pada hari kejadian. Hehe dengan senang hati aku sumbat barang aku dalam Hilux beliau ((=

Oh...Snap-snap bersama anak buah masa operasi angkut barang part 1~



Driver wanna be..keke~


Jangan tanya aku yang mana satu Paad..yang mana satu Paan. aku pon selalu aje salah panggil. Hehe~


Dengar sini Mak Yang nak ajar ABC..Ngee~


Perempuan selekeh dah macam alien haku tengok~hek


Dua-dua ketul mempunyai semangat kesukanan yang tinggi~haha


Ibu..tengok la anak awak ni. Dah ada gaya mak-mak (boleh kawen dah ni..ngeee~)

Beruang mata bulat.
Gila menyampah (memang gila) sebab semua orang setuju aku gemuk. Cis. Tak patut betul. Gemuk sangat ke aku. Malas nak cakap banyak jadi aku pon turut setuju." Iye..saya memang gemokkk. Cukup makan". Puas hati.

Duduk kat rumah. Kacau-kacau ibu kat dapur. Sapu sampah. Jemur pakaian. Lipat pakaian. Hurm..next week mesti dah busy. Malam aje ada kat rumah. Yelah. Dah mula pratikal. Haha macam lawak yang tak lawak aje..aku ni nak pratikal??Dah bosan, on tv. Tadi menonton asmara 2. Oh, baru ada feel tengok drama tu. Macam best aje. next week nak tengok lagilah. Internet macam chipsmore semenjak dua ni. Kejap ade, kejap takde. Menyampah pulak aku. Sebab tu nak tengok drama on9 pon macam malas aje. tunggu lampu adapter tu menyala empat-empat punya lama macam lah aku nak mintak duit satu juta. Modem pon macam siput punya speed. Senang cerita "kite bako aje". Nasib baek adik punya. Kalau aku punya memang dah lama wassalam dalam toilet bowl kot. Ngee~Bapak cadangkan aku sambung buat lesen kat sini aje. Buat weekend aje. Tapi aku tak bagi kata putus lagi. Nak bincang dengan Kak Ngah dulu sebab sebelum ni buat kat area rumah beliau. Lagipon hari tu dah bayar half. Macam rugi pulak nak tukar-tukar. Tengoklah nanti macam mana.

Disebabkan dah malas nak taip. Bab dua chapter angkut barang akan di-continue bila mood rajin dah datang. 

2 comments:

Anis Mohd said...

last sem ke ??

mizz_faeeza said...

ngee...semester akhir tahun 3. Ade satu tahun lagikkk T__T