Friday, January 13, 2012

azam

Selamat tahun baru ! Huhee..dan selamat menambah umur :D

Alhamdulillah. Masih dapat sedut oksigen lagi. Masih dapat jumpa manusia yang disayangi dan juga manusia yang kurang kasih sayang (:


Final exam pun sudah wassalam. Harap-harap semester depan sudah tidak jumpa foundation eng. dan advanced water & advanced water yang maha susah. Ngee. Tak lupa jugak subjek 3P yang buat hidup aku yang memang dah complicated ni bertambah serabut. Cukuplah sekali. I love my lecturers but not these subjects ^^, One more semester to go !!!

Azam satu : nak habis belajar tahun ni.

Allah tarik nikmat cahaya matahari dan turunkan hujan sebab nak bagi kita tengok keindahan pelangi (: Frankly speaking, aku berasa tersangatlah gundah gulana bila kena berpisah dengan roommates lama dulu. Dah hilang punca sebenarnya. Risau macam mana nak adapt dengan semester baru, bilik baru dan yang paling penting....dengan homo sapiens yang baru. Tapi alhamdulillah ya Allah, aku telah diberi peluang untuk mengenali insan-insan yang sangat baik dan yang paling penting hidup aku lebih tenang sekarang. I am totally fine ! I am happy and i learnt so many things about life. Walaupun hanya perasaan sendiri. Aku tetap nak cakap yang aku sudah jadi lebih matang berbanding aku yang sudah-sudah. Bukan senang nak ubah diri jadi lebih baik. Cakap mudah, buat tengok~hee.

Azam dua : Nak jadi lebih matang

Lesen tinggal lesen. Hampeh !aku langsung tak sentuh stereng kereta for the whole semester. Selepas berhempas pulas, berembes peluh demi lesen memandu. Sampai masuk dalam mimpi kena buli dengan abang JPJ..demm~. Azam aku untuk semester depan, mesti boleh memandu kereta ! MESTI. WAJIB.

Azam tiga : berani memandu kereta

Azam basi tahun lepas pun harap-harap boleh tercapai. Amin !



"Only a true friend would be that truly honest." - Shrek