Tuesday, November 6, 2012

MELANCHOLIC~

Dear my belog..

Pagi yang cerah. Hari ni kena mulakan hari dengan puji-pujian yang membunga terhadap cuaca. Ahha..motip..?Sebab exam sudah habis. Bila exam sudah habis kena pack barang-barang~balik rumah!! (Tak nak mention berapa bijik bmw boleh beli kalau aku jual barang-barang aku kat dalam bilik tu. Ok, tipu. Barang aku tak cukup mahal untuk sebuah bmw. Ferrari mainan kat shell mungkin. Ngee...Cuma nak cerita betapa banyaknya barang aku. Pening). Hehe..terpanjang sudah. Ok back to the story. Pagi ni aku men-sidai pakaian yang pelbagai kaler. Sangat banyakkkkk!!!~that is why haku berdoa supaya hari ini cerah secerah-cerahnya. Dan sebab itu jugaklah aku bangun awal. Kalau tak sekarang ni mesti tengah mimpi makan soto yang ibu buat ke..tak pun kuih karipap yang ibu buat (apesal mimpi makan aje yang aku ingat ni..?)

Ngee...
Sebut pasal ibu. Tahun ni hari ibu jatuh pada 8 Mei. masa zaman sekolah dulu aku rajin jugak pos kad hari ibu. Tapi dah lama tak buat macam tu. Terukkan aku ni. Nak call pun payah. Masa zaman sekolah dulu paling koman pon selang tiga~empat hari. Sekarang ni nak call dua kali seminggu pon payah. Dah la jarang balik rumahkan..kan..kan...Alahai anak ibu~ Dulu masa zaman innocent (zaman sekolah) sanggup tu beratur panjang nak guna telefon. Yela dulu zaman layan public phone. Boleh pulak call sampai tiga~empat kali seminggu. Sekarang dah ada henpon. Hampeh~Makin susah pulak nak telefon ibu. Bukan ke teknologi tu memudahkan wahai budak kecik bermata bulat..tepuk bantal tanya katil..heee~

Oh.
Sebut pasal ibu ni teringat pulak pasal cerita dolu-dolu. Dalam family aku ada dua ketul aje yang panggil ibu as ibu. Aku dengan adik aku. Yang lain panggil mak (bagi aku tak cukup glemer.....haha). Aku dengan adik panggil ibu as ibu since tengok iklan nespray kat tv. Hehe..ala..yang iklan lagu ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...((=

Ibu.
Ibu aku sangat special. Mula jadi ibu seawal 20-an sampailah sekarang. Amazing~boleh jaga aku, abang, kakak dengan adik aku dan tak pernah ambik cuti pon...24 jam sehari, 7 hari seminggu, empat minggu sebulan, 12 bulan setahun. Ibu aku boleh tahan garang. Not exactly garang tapi lebih kepada kepakaran beliau dalam bidang bebel membebel (sangat expert dalam bidang ni). Dulu aku tak paham. Aku ingat orang marah-marah sebab orang benci. Tapi bila dah matang (sikit..haha need to mention) baru aku tahu marah tanda sayang. Beliau hanya nak yang terbaik. Itu pon aku lambat paham. Kesian ibu. Tapi sekarang ibu dah tak marah-marah lagi. Mungkin sebab ibu sedar aku dah besar. Dah jadi anak dara (dah boleh kawen..nak jugak tulis). Boleh fikir sendiri baik ke..buruk ke. Sesetengah perkara aje yang ibu selalu pesan. Tu pon nak pergi mana-mana selalunya kena buat report. Tapi aku selalu jugak skip bab bagitau tu. Mentang-mentangla sekarang ni duduk jauhkan. Ikut suka aje nak bagitau ke tak. Tapi banyak kali jugak benda tak baik jadi kat aku bila aku abaikan parent aku. Contohnya hilang henpon. Hilang tu....hilang ni. HUhu~ Macam la ibu tak tahukan..kan..mak ada six senses tahu. Anak aje yang takde sense langsung~

Hope.
Aku harap aku boleh jadi anak yang lebih baik. Lebih baik daripada semalam. Lebih baik daripada hari ini. Sayang ibu bukan hanya pada hari ibu aje. Tapi hari-hari. Since aku sudah dewasa. Sudah boleh guna otak kat kepala. Bukan otak kat perut (makan aje yang aku paham)...aku dah boleh mengerti betapa susahnya seorang ibu nak membesarkan seorang homo sapiens. Waktu pregnant dan delivery tu to sah habaq bak kata orang kedah. Memang ibu sangat kuat sebab boleh bawak aku jalan-jalan 9 bulan. Dulu berat aku 3++ kg (tak tau lah sekarang ni apesal rendang aje..haha. Yang pelik kawan aku yang lahir 2++kg..sekarang macam giant). Lepas tu proses aku membesar pulak. Boleh bertahan dan bersabar jaga aku sejak 22 tahun yang lalu.Sangat lama~Jadi aku harap..one day in future, aku boleh jaga ibu macam ibu jaga aku. Aku tak suka disisihkan. Dan aku percaya ibu jugak macam tu. Aku janji pada diri sendiri yang aku akan jaga beliau sampai saat-saat akhir beliau nanti. Dan aku harap waktu aku dengan ibu masih panjang. Sebab banyak lagi benda yang aku nak buat dengan ibu. 

Ibu..Ibu..engkaulah ratu hatiku (((=
Azam aku. Nak buat hati ibu ber-flower-flower tiap hari. Nak tolong ibu masak. Nak tidur awal sebab ibu pon tidur awal jugak. Masa menghadap laptop kurang daripada masa menghadap ibu. Lepas ni nak isyhtihar perang dengan my lappy. Ok, lepas ni kite bako aje adapter tu..hehe.

Selamat hari ibu.
I love you...infinity~

No comments: