Sunday, February 26, 2012

Baucer

Matlamat hari ini ialah untuk membelanjakan baucer 1 Malaysia.

Tapi nampaknya hanya boleh belanja 50 ringgit. Cis~

Jadi ada 150 ringgit lagi. Bila mau habes ini baucer !~Hee

Apa yang aku beli tadi? Pendrive. Haha~berebut dengan tiga orang mamat kacak. Sebab tinggal satu aje. Pen dua batang: satu biru satu hitam. Pensel tekan-tekan satu batang. Dengan buku nota yang aku pakai ambil aje sebab nak cukupkan nilai baucer tu. Sebenarnya aku dah ambik sticky note dengan marker pen. Tapi kena letak balik sebab dah terlebih lah pulak. Haha. Baucer oh baucer.

Nampak gayanya kena tunggu lagi dua minggu. Bila barang dah penuh kat kedai buku baru serang balik. Ngee~

Oh. Kenapa aku tak spend baucer untuk buku tadi?

"Show me the money" 
-Jerry Maguire

Saturday, February 25, 2012

Awkward moment

Bersosial dengan manusia adalah salah satu aktiviti paling mencabar dalam dunia ni. Being alone is good tho.
Reality check.


Serius aku sedang belajar untuk bersosial dengan homo sapiens =.=''

Wednesday, February 15, 2012

Kusut

Pheww...sangat penat sebab hari ini masuk lab untuk mortar mixing. Alhamdulillah sudah siap dan esok sudah boleh bukak mould. Tak masuk cerita pasal jumpa homo sapiens yang tidak gentleman (menurut definisi aku lah). Ayat harus emosi di sini. huhee...atau aku yang terlebih sensitif. Mungkin...ngeee. Kepala aku kusut sekarang ni...dush dush dush (tumbuk bantal sambil bayangkan muka manusia tersebut..haha). Mungkin ini yang yang dinamakan cinta dan benci macam lagu geisha tu. Or something like cinta ini membunuhku...ngeee~


Aku benci dengan perasaan itu. Huhu...

cliche'

Alhamdulillah.

Dah dua hari masuk semester baru. Satu semester lagi sebelum bergelar jurutera. oh~Mungkin juga tidak. Aku rasa mungkin aku kena mula dari bawah balik. Mungkin~Tapi hati kecik aku tetap menyimpan 1% keyakinan untuk perkataan jurutera itu. InsyaAllah. Ada rezeki aku akan mengorak langkah ke situ. Dan andai belum tiba masanya. Aku redha. Any job is accepted. Selagi aku dapat kerja. Sangat nervous memikirkan nasib selepas tamat belajar. Macam ada kereta api yang lalu kat jantung..heee. Buat masa ni hati masih dengan keputusan A. Iaitu lepas habis ijazah mahu kerja. Sebab...? Sebab aku rasa dah sampai masanya aku menyumbang sesuatu kat keluarga. Cukuplah 23 tahun ni mereka menyara anak mereka yang seorang ini. Lagi pun adik aku nak sambung degree pulak this year. So aku harap aku boleh dapat kerja yang sesuai supaya aku boleh ringankan beban parent. Sekurang-kurangnya mampu nak belikan ibu handbag baru dan bagi duit belanja kat adik (sebab sebelum ni makan pizza pun dia yang belanja..hehe).

Berkenaan kecintaan aku terhadap bidang pendidikan atau kemungkinan menyambung pelajaran ke peringkat master (which is plan B). Mungkin perlu dipendamkan buat seketika. Tapi sebenarnya aku sudah mula google apa yang patut. Sudah mula mencari tempat yang dirasakan sesuai jika ditakdirkan aku perlu menyambung pengajian suatu hari nanti. Juga peluang untuk masuk ke dalam bidang pendidikan dengan kadar segera. Mana nak cari kabel ni adoinye pon.


I want to shoot the stars !