Friday, November 9, 2012

CHAPTER 1: FIRST STEP

Technical assistant. 

I'm officially a working girl woman right now ! Alhamdulillah setelah berembes peluh mencari kerja yang berpakej iaitu "seronok, mudah dan tak payah fikir banyak"...okey tipu. Tak berpeluh pun nak cari kerja sebab duduk depan laptop aje. Kui3....Akhirnya peluang tu datang jugak. Bak kata omputih "its never too late until its too late". Buat masa ni kerja-kerja yang dilakukan masih seikhlas hati dan aku sudah sedaya upaya untuk mengelakkan diri aku daripada terjebak dengan gejala malas berganda. Malas berganda bermaksud sudahlah malas. Malas pulak tu (apakah?) haha maksud tak sampai pulak. Next time aku fikir balik maksud kata-kata aku tu.

Walaupun gaji takat taik hidung buat masa ni. Aku mahu berfikir secara logik dan positif. Bak kata mak cik-mak cik, cukup untuk beli spenda baru pun dah kira bersyukur. hehe...Inshaa Allah rezeki ada dimana-mana. Lagipun bidang kerja aku pun sangatlah mudah semudah soalan calculus. Eh calculus susah..mungkin semudah statistik. Mudah di sini bukanlah semudah ABC...sebab bila sindrom ribut Sandy melanda. Saket otak juga nak menyelesaikan kerja-kerja yang tiba-tiba muncul. 

Team office aku semuanya best people. Semuanya muda-mudi (rasa tua gila sekejap). Jadi automatik aku pun muda jugak lah kan...hahaha. Sangat happening. Siap ada sinetron yang lagi menarik daripada 'dalam hati ada taman' tu...hehe. Jadi kesimpulannya aku gembira bersama mereka. Lagipun aku ni masih memerlukan bimbingan untuk bersosial. Bagus sangatlah dapat officemate macam mereka tu. Meningkat sikit kemahiran bersosial aku. Ngee..Alhamdulillah ya Allah.

Nak dijadikan cerita. Tadi ada seorang staff senior tanya soalan yang buat otak aku mengalami renjatan kejap. Dialog yang berbunyi begini...."Yeop (dia memang suka panggil orang style gini...), kamu tak de cari keje kat mane-mane ke?". Dan aku pun hanya mampu geleng...sambil cakap pelan-pelan,"takde". Hah ! takde? Baru aku sedar yang aku sendiri lupa bila kali terakhir aku mintak kerja. Submit resume...eh resume pun dah lama tak update. Memang perempuan kusut.

Job.

Jadi hari minggu ni aku ambil keputusan untuk update resume dan mula hantar permohonan kerja kembali. Aku sedar walaupun aku rasa gaji juta-juta (amboi nombor kau pijah..hehe) tu tak penting, tapi bila fikirkan ibu dan bapak. Aku rasa bersalah. Aku boleh bagi lebih daripada yang aku ada sekarang. Lagipun perancangan hidup aku sudah advance. Nak kereta. Nak kawen. Pendek cerita semua aku nak. 

In the same time.....Aku jugak terfikir (ter tau..hehe) nak sambung master. Tapi aku masih tak dapat buat keputusan nak sambung master sebelum atau selepas kawen. Jadi buat masa sekarang ni aku nak ambil pendekatan tunggu dan lihat.

Okey dah malas nak taip. Haha

“It’s not about the paycheck, it's about respect, it's about looking in the mirror and knowing that you've done something valuable with your day.”
Dave Kovic, Dave, 1993




Wednesday, November 7, 2012

EMMA'S BIRTHDAY



Dear my belog....

Ouh. Cerita pekasam tapi seronok untuk di taip-taip. Isnin lepas besday Emma. Selaku member yang paling tua lahir paling awal~ di kalangan kawan-kawan yang rapat dengan aku merangkap classmate se-universiti.


Sesi mengimbau kenangan lama*tetiba

Pusing balik kepada perkara pokok dalam entry ni. Besday Emma. Kami (merujuk kepada homo sapiens yang menghadirkan diri) plan nak buat aksi kejut-mengejut kat bilik besday girl aje. Tapi macam biasalah (sebab sebelum ni pun selalu berlaku)....kami pulak yang terkejut lepas tu sebab suddenly Emma muncul depan kami masa on the way nak pergi bilik beliau. 

Doa aku sebagai seorang sahabat: Semoga beliau diberikan kesenangan dan kesihatan berpanjangan. Semoga hidup beliau dilimpahi dengan rahmat dan kasih-sayang daripada Allah. Amin (:

Snap-snap. Konsep hari tu santai melampau jadi tak boleh show-off banyak-banyak dalam belog~ehe...



Kongsi berkat dengan besday girl~ngee



Kek rasmi yang gojes~dulu kini dan forever. Ehe...


Gelap-gelap pun kami redah. Thank you encik lilin (:



"You are as young as your faith, as old as your doubt; as young as your self-confidence, as old as your fear; as young as your hope, as old as your despair"

~Douglas MacArthur

CERITA SENGAL KALAU TAK TULIS LAGI BAGUS

Dear my belog...

First.
Tahniah buat Zaquan Adha dan Ayu Raudhah sebab sudah menamatkan zaman bujang mereka. Aku bila pulak agaknye*tetibe.

Bila fikir balik. Bagus jugak kawen cepat-cepat kalau dah ada pilihan hati~Ibu, please jangan pitam lepas baca ayat ni. Hahaha. Cepat-cepatlah masa berlalu. Graduate. Kerja. Kawen. Orang cakap, life is short. Make it sweet~betullah tu.

Nak story pasal drama secret garden.
Dalam busy-busy nak menghabiskan drama marry me, Mary. Hati jatuh chenta sama secret garden~maceh banyak banyak banyak dan banyak kepada Ika. Kalau tak tengok drama ni kat bilik beliau. Aku memang tak de perasaan nak tengok. Sebab masa baca sinopsis macam tak best aje. Tak sangka pulak seronok gila sangat-sangat. Kelakar. Kadang-kadang sedih. Baru tahu pasal lelaki kacak bernama Hyun Bin. Story pasal lelaki kaya yang sangat cool jumpa dengan perempuan yang selekeh tapi sangat lovable. Ada jugak part yang cliche' macam tukar-tukar soul tapi masih seronok untuk ditonton. Kelakar tengok mamat tu tukar jadi perempuan. Hehehe. Comel~

Lain pulak cerita pasal Khurafat. First time masuk panggung tengok muvi yang...err scary. Dan harap-harap itu merupakan kali terakhir. Memang sepanjang duduk dalam panggung tu aku menghabiskan masa tengok muka Midah aje. Skrin tu aku pandang bila ada scene waktu siang aje. Hahaha. Mamat yang duduk sebelah aku terer sungguh~ekspresi muka sama aje dari mula sampai lah muvi tu habis~muka seposen. Tapi pelik lah pulak kan kalau lelaki terjerit-jerit tengok muvi seram. Betul3.

Goguma couple.
Kamsahamnida kepada insan-insan yang begitu prihatin berkenaan manusia-manusia yang begitu teruja dengan we got married~terutamanya goguma couple. Sekarang boleh download aje episod latest. Tak payah curi-curi bukak youtube masa kelas Jepun. Tak pun tunggu TMnet function~ni baru betul umpama menunggu kucing bertanduk.

Ngangkung.
Muvi ni dah berkurun dalam laptop tapi takut nak tengok sorang-sorang. Ngee~Jadi malam tadi ajak Aina dengan Aisyah teman tengok. Tapi akhirnya aku duduk kat tepi laptop aje. Tak berdaya nak menonton secara face-to-face. Punyalah tikus punya species-kan. Padehal Aina gelak aje tengok han** tu. Kelakar~kata beliaulah.

Bagus sebenarnya keluarkan entry macam ni. One day in future boleh jadi bukti kenapa aku tak boleh jadi (Allah forbid) seorang engineer yang cemerlang. Yelah..everyday menghadap benda-benda yang kurang faedah. Buku tebal-tebal buat eksesori atas meja. =___="



"Action is the foundational key to all success"
Pablo Picasso


SEBAB SAYA TAK SEMPURNA

Dear my belog...

Macam dah bertahun tak conteng-conteng kat sini. Sekarang sudah ada masa percuma (err..i mean free time) boleh la main tekan-tekan keypad. Bukan takde kerja langsung. Projek gila kentang banyak tapi belum mula lagi. Jadi mari kita berfoya-foya dulu. Ehe...Kejap aje dah weekend balik. Aku pun tak tahulah sama ada jadual kuliah yang habis sempoi ataupun masa yang memang lari laju-laju macam Nazmizan Ahmad.

Pejam celik..pejam celik dah hari Jumaat (dah masuk hari Sabtu pon). Sem ni seronok sebab hari Jumaat takde kelas. Heheh. Sebut pasal projek, setakat ni ada dua yang betul-betul akan menyumbangkan kepada keserabutan otak dan tekanan mental yang berpanjangan iaitu projek RC dan projek building services. Projek RC kena design bangunan empat tingkat~double sem lepas punya projek.Fuyooh~ Projek building services pulak lagi sadis~lima belas tingkat kena kaji babe. Ni kalau jadi real engineer memang kayo den....tapi sekarang ni kayap ade lah. Huh~Tapi aku still percaya yang benda-benda macam ni lah yang akan bantu aku masa nak kerja esok. Angguk aje n___n. Ouh...sekarang tengah dengar lagu Maher Zain. Bukan pasang kat laptop...tapi ada kat belog seseorang ni. Sesuai sangatlah dengan jiwa aku yang tengah kacau ni. Hehe. Say peace v(^__^)

Selain tu sekarang tengah serabut dengan PSM. Walaupun kena mula semester depan tapi kena jugak concern daripada sekarang. Aku tak tahu pulak dengan adanya satu perkataan tambahan kat aku punya nama program boleh mendatangkan masalah yang men-serabut-kan otak. Haha..ayat serius ajekan~cuma tambah environmental aje pon. Tapi sebab perkataan ni lah kepala aku jadi senget kejap. Environmental bermaksud nanti masa buat PSM kena kaji something yang ada kaitan dengan persekitaran~walaupun sebesar e-coli. Jadi mulai sekarang kena fikirlah tajuk yang sepadan macam pinang dibelah dua. Dan yang hampehnya aku belum lagi dapat apa-apa idea nak buat apa. Nasib labu labi. Harap-harap otak aku dapat memikirkan sesuatu yang genius dalam masa yang terdekat ni. Amin3. Advisor pulak....tengah merenung-renung. Harap-harap nanti beliau ialah pilihan yang terbaik. InsyaAllah. Please lead me ke jalan yang lurus..ngeee~

Masalah akan timbul tiap-tiap hari for the rest of our life. Yang penting macam mana kita nak handle masalah tu. Lain method yang digunakan, akan memberikan hasil yang berlainan juga~wah so wise. Hahaha

"So wise so young, they say, do never live long"
Shakespeare Quote (King Richard III)