Tuesday, November 6, 2012

ENTRY BISU DARI HATI

Dear my belog...

Maka berakhirlah kisah cinta aku bersama rc design 2 pagi tadi. Diharapkan kami tidak akan rujuk kembali di masa akan datang. Barang-barang yang pernah menjadi saksi cinta kami (contohnya buku BS8110, buku Mosley...nota-nota cinta dan yang seangkatan dengannya) biarlah aku semadikan dalam kotak sahaja. Aku mahu ber-kapel dengan subjek lain. Please sejuta kali~Soalan tadi sangat susah (iyelah..padan dengan otak burung unta aku. kan otak burung unta lebih kecik daripada matanya..?haha)

Sedang Berusaha.
Pergh..nak tercabut jari meng-klik tetikus komputer. Gara-gara nak men-donlod episod 13 drama 49 days. Adeh~Masa-masa macam ni memang harus berusaha. Waktu puncak. Ramai lagi homo sapiens kat UMP ni yang gila donlod masa ni (sorry sebab guna perkataan gila. Sebab memang gila. Oh sudah tiga kali aku taip perkataan tu. Cis~). Entah kali keberapa aku telah klik tetikus ni. Demi episod 13. Fighting~

Lapar~
Tak makan lagi. Malam ni nak makan apa ye...?Ngee~Jom starbuck UMP. Oh betul ke starbuck itu sudah terbukti ketidak-halal-lannya..?Aku bukan starbuckian yang tegar. Pernah lalu tepi starbuck sahaja. Sebab entrance Mega Mall di Kuantan betul-betul tepi starbuck. Mahu atau tidak harus lalu tepi starbuck. Haha. Adakah ini karangan mengenai starbuck?Ngeh.

Lagi.
Huh~tinggal seminggu sahaja lagi. Cepat betul masa berlalu.

No comments: