Tuesday, November 6, 2012

KEHIDUPAN BARU

Dear my belog...

Malas.
Punyalah malas nak hupdate belog. Rela lagi tidur selagi ada waktu. Ngee~

Life unexpected.
Ohho~pejam celik dah nak dekat sebulan aku praktikal. My practical days are great. Tiap hari ada aje yang aku belajar. Walaupun kadang-kadang ada waktu yang membosankan terutamanya kalau tak ada kerja. Ofis bukanlah tempat yang menggumbirakan hati. Melainkan JKR boleh povide bilik karaoke ataupun sesorang yang sanggup siapkan buku log aku. Serius malas gila (memang gila) nak siapkan buku log. Jadi aku lebih rela berpanas dan ber-sun-burn di luar pejabat. const. site adalah tempat yang paling seronok buat masa ni. Dan aku pon hampir tak percaya yang aku mampu untuk menjadi friendly gila (memang gila) dengan mamat-mamat yang buat jalan tu (oh..aku dapat department projek jalan). Diaorang tu muka macam yakuza..tapi dalam hati ada taman. Haha..apa yang aku cuba katakan ni...?erk.

Disiplin dan ramah mesra.
Memang kelakar masa pertama kali aku belajar punch card. Sampai sekarang pon selalu aje lupa nak punch tengah hari. Haha. Sejak praktikal ni memang tak merasa nak buat aksi gimrama atas tilam lepas subuh. Baju dah siap seterika malam before kerja (bagus anak ibu..hehe)...siap-siap, breakfast..oh aku breakfast tiap hari. Alhamdulillah (=...pukul 7 plus-plus bapak hantar. Ofis aku tak sampai 20 minit dari rumah..huhe~ Aku orang ketiga yang sampai ofis lepas mak cik cleaner. Haha...serius awal. Tapi bagus jugak..sekurang-kurangnya aku belajar untuk jadi seseorang yang lebih berdisiplin. Lagi...hurm kat pejabat tu tak de orang yang betul-betul free untuk ajar student praktikal ni. Jadi kalau nak belajar apa-apa..student yang kena approach orang-orang yang berkenaan. Kalau tak memang kes duduk kat tempat sendiri dan main pesbuk ajelah...hoho~Nak tak nak aku kena belajar jadi busybody. Pantang aje tengok encik-encik tu nak keluar terus aku keluarkan magic words aku.."encik nak pergi site ke..?"..haha. Dan alhamdulillah setakat ni aku baik lah jugak dengan encik-encik tu. Ingat senang ke nak communicate dengan orang yang lebih berumur. Lagi-lagi bagi homo sapiens yang macam aku ni. Aku kan jenis yang tak banyak cakap. Dalam mulut ada banyak jongkong emas..ngeee~ Sejak praktikal ni aku belajar untuk jadi seseorang yang lebih bubbly..huhee~

Kawan praktikal.
Sedih ambo nak ghoyak. Ada tiga orang aje yang praktikal dengan aku. Ngee~aku, Ana dengan Aril. Dua-dua dari uitm shah alam (baik dan sangat friendly). Alhamdulillah boleh get along sama-sama. Geng lah jugakkan..weehee~


muka dah lebam. Ngee~

The tender girls :D~Ana and me

Aril..?haha..gurau aje. Nanti dah ada gambar Aril aku letak.


Another random pics..upload later lah. Malas lagi. Tengah layan nora elena di sini. Ohho..layan drama melayu sekarang ni. Dont play-play..ngeee~



No comments: