Tuesday, November 6, 2012

aA+bB

Dear my belog...

Rindu. Sebab dah lama tak tekan-tekan keypad~tulis apa yang patut dekat belog sendiri. Terlalu banyak perkara yang perlu difikarkan sebab tu berasa sangat malas nak menulis di sini. Kalau ikutkan hati benda sekecik taik idung kuman pun nak jugak cerita kat sini. Eheh~

Cerita pasal kehidupan. aku baru aje melalui fasa keserabutan yang pertama iaitu proses menyiapkan projek RC. Alhamdulillah sudah siap dan sudah hantar petang tadi. Orang cakap kita patut belajar melalui kesilapan yang lalu. Supaya kita tak ulang kesilapan yang sama buat kali kedua. Betullah tu. Projek kali ni lebih smooth walaupun ada jugak perkara yang tak dapat dielakkan berlaku. Thank you so much~buat ahli kumpulan yang sporting dan sangat-sangat-sangat berdedikasi untuk meniapkan projek ni. I love you. Promise (: Fasa keserabutan kedua akan melanda hidup aku start esok. Ada kelas Jepun~i like kuasa tiga my sensei tapi bukan subjek ni. Sigh.Ada test RC. Ada presentation RC. Ada presentation BSM.Ouh~

Jadi, pengajaran pertama ialah life is not easy. Betul. Bukan senang nak senang. Kalau mahu goyang kaki, boleh balik rumah duduk depan tv. Tapi itupun mungkin tak boleh berlaku sebab bila balik rumah ibu mungkin akan suruh sapu sampah, belajar memasak ataupun basuh baju. Haha. Jadi, susah atau senang kena lalui jugak. Yang penting hati kena kuat~macam reinforcement concrete. Kalau lembik macam sotong~you are dead meat.

Pengajaran yang kedua. Aku tak sempurna. Perlu belajar terima kelemahan diri sendiri. I need this quality~sangat perlu...Err kalau boleh wajib. Haha. Mengaku salah bukan bermaksud aku kalahkan. Jadi jangan takut untuk mengakui kelemahan diri sendiri. Dan yang penting jangan salah anggap~they love you. Sebab tu diaorang tegur kalau aku buat silap. I love you too!~

Berurusan dengan homo sapiens memerlukan daya tahan fizikal dan mental yang jauh tahap pluto. Harap-harap aku akan jadi lebih matang dan reti berfikir menggunakan akal fikiran yang clean and clear~bukan bertindak menggunakan minda kanak-kanak bawah umur sebab usia aku semakin meningkat tiap hari,bukan berkurang.



"When one door of happiness closes, another opens; But often we look so long at the closed door that we do not see the one that has been opened for us"
Helen Keller

No comments: