Friday, November 9, 2012

CHAPTER 1: FIRST STEP

Technical assistant. 

I'm officially a working girl woman right now ! Alhamdulillah setelah berembes peluh mencari kerja yang berpakej iaitu "seronok, mudah dan tak payah fikir banyak"...okey tipu. Tak berpeluh pun nak cari kerja sebab duduk depan laptop aje. Kui3....Akhirnya peluang tu datang jugak. Bak kata omputih "its never too late until its too late". Buat masa ni kerja-kerja yang dilakukan masih seikhlas hati dan aku sudah sedaya upaya untuk mengelakkan diri aku daripada terjebak dengan gejala malas berganda. Malas berganda bermaksud sudahlah malas. Malas pulak tu (apakah?) haha maksud tak sampai pulak. Next time aku fikir balik maksud kata-kata aku tu.

Walaupun gaji takat taik hidung buat masa ni. Aku mahu berfikir secara logik dan positif. Bak kata mak cik-mak cik, cukup untuk beli spenda baru pun dah kira bersyukur. hehe...Inshaa Allah rezeki ada dimana-mana. Lagipun bidang kerja aku pun sangatlah mudah semudah soalan calculus. Eh calculus susah..mungkin semudah statistik. Mudah di sini bukanlah semudah ABC...sebab bila sindrom ribut Sandy melanda. Saket otak juga nak menyelesaikan kerja-kerja yang tiba-tiba muncul. 

Team office aku semuanya best people. Semuanya muda-mudi (rasa tua gila sekejap). Jadi automatik aku pun muda jugak lah kan...hahaha. Sangat happening. Siap ada sinetron yang lagi menarik daripada 'dalam hati ada taman' tu...hehe. Jadi kesimpulannya aku gembira bersama mereka. Lagipun aku ni masih memerlukan bimbingan untuk bersosial. Bagus sangatlah dapat officemate macam mereka tu. Meningkat sikit kemahiran bersosial aku. Ngee..Alhamdulillah ya Allah.

Nak dijadikan cerita. Tadi ada seorang staff senior tanya soalan yang buat otak aku mengalami renjatan kejap. Dialog yang berbunyi begini...."Yeop (dia memang suka panggil orang style gini...), kamu tak de cari keje kat mane-mane ke?". Dan aku pun hanya mampu geleng...sambil cakap pelan-pelan,"takde". Hah ! takde? Baru aku sedar yang aku sendiri lupa bila kali terakhir aku mintak kerja. Submit resume...eh resume pun dah lama tak update. Memang perempuan kusut.

Job.

Jadi hari minggu ni aku ambil keputusan untuk update resume dan mula hantar permohonan kerja kembali. Aku sedar walaupun aku rasa gaji juta-juta (amboi nombor kau pijah..hehe) tu tak penting, tapi bila fikirkan ibu dan bapak. Aku rasa bersalah. Aku boleh bagi lebih daripada yang aku ada sekarang. Lagipun perancangan hidup aku sudah advance. Nak kereta. Nak kawen. Pendek cerita semua aku nak. 

In the same time.....Aku jugak terfikir (ter tau..hehe) nak sambung master. Tapi aku masih tak dapat buat keputusan nak sambung master sebelum atau selepas kawen. Jadi buat masa sekarang ni aku nak ambil pendekatan tunggu dan lihat.

Okey dah malas nak taip. Haha

“It’s not about the paycheck, it's about respect, it's about looking in the mirror and knowing that you've done something valuable with your day.”
Dave Kovic, Dave, 1993




No comments: