Wednesday, November 7, 2012

SEBAB SAYA TAK SEMPURNA

Dear my belog...

Macam dah bertahun tak conteng-conteng kat sini. Sekarang sudah ada masa percuma (err..i mean free time) boleh la main tekan-tekan keypad. Bukan takde kerja langsung. Projek gila kentang banyak tapi belum mula lagi. Jadi mari kita berfoya-foya dulu. Ehe...Kejap aje dah weekend balik. Aku pun tak tahulah sama ada jadual kuliah yang habis sempoi ataupun masa yang memang lari laju-laju macam Nazmizan Ahmad.

Pejam celik..pejam celik dah hari Jumaat (dah masuk hari Sabtu pon). Sem ni seronok sebab hari Jumaat takde kelas. Heheh. Sebut pasal projek, setakat ni ada dua yang betul-betul akan menyumbangkan kepada keserabutan otak dan tekanan mental yang berpanjangan iaitu projek RC dan projek building services. Projek RC kena design bangunan empat tingkat~double sem lepas punya projek.Fuyooh~ Projek building services pulak lagi sadis~lima belas tingkat kena kaji babe. Ni kalau jadi real engineer memang kayo den....tapi sekarang ni kayap ade lah. Huh~Tapi aku still percaya yang benda-benda macam ni lah yang akan bantu aku masa nak kerja esok. Angguk aje n___n. Ouh...sekarang tengah dengar lagu Maher Zain. Bukan pasang kat laptop...tapi ada kat belog seseorang ni. Sesuai sangatlah dengan jiwa aku yang tengah kacau ni. Hehe. Say peace v(^__^)

Selain tu sekarang tengah serabut dengan PSM. Walaupun kena mula semester depan tapi kena jugak concern daripada sekarang. Aku tak tahu pulak dengan adanya satu perkataan tambahan kat aku punya nama program boleh mendatangkan masalah yang men-serabut-kan otak. Haha..ayat serius ajekan~cuma tambah environmental aje pon. Tapi sebab perkataan ni lah kepala aku jadi senget kejap. Environmental bermaksud nanti masa buat PSM kena kaji something yang ada kaitan dengan persekitaran~walaupun sebesar e-coli. Jadi mulai sekarang kena fikirlah tajuk yang sepadan macam pinang dibelah dua. Dan yang hampehnya aku belum lagi dapat apa-apa idea nak buat apa. Nasib labu labi. Harap-harap otak aku dapat memikirkan sesuatu yang genius dalam masa yang terdekat ni. Amin3. Advisor pulak....tengah merenung-renung. Harap-harap nanti beliau ialah pilihan yang terbaik. InsyaAllah. Please lead me ke jalan yang lurus..ngeee~

Masalah akan timbul tiap-tiap hari for the rest of our life. Yang penting macam mana kita nak handle masalah tu. Lain method yang digunakan, akan memberikan hasil yang berlainan juga~wah so wise. Hahaha

"So wise so young, they say, do never live long"
Shakespeare Quote (King Richard III)


No comments: