Wednesday, November 7, 2012

Oh happy...happy day

Fuhhh..lega..lega..lega

Perkara yang menggembirakan hari ini

Satu:Kelas RC design yang smooth.
Antara kelas yang menguji tahap kekuatan mental dan fizikal sebab kelas ni mula pukul 8 pagi.Tidak buat revision dan tidak buat tutorial juga.Tapi sempat ber-oovoo dengan Chan sebab dia punya tutorial semalam.Jadi oovoo sebab nak tanya apa diaorang buat semalam.Ada nota baru dan terus pergi print~untuk akak polis sekali (jelas di situ kebaikan aku..hahaha).Lain kali boleh tanya Chan lagi untuk memudahkan aku ready-ready apa yang patut..hurm!

Dua:Kelas Law tiba-tiba cancel
Jackpot...deabak...dan bla..bla..bla.Alhamdulillah kelas law tader sebab aku memang tak bersedia nak present pasal clause 52.0 dan 53.0...bagus sangat la pun tader..hahaha (gelak jahat).Tapi menyusahkan jugak sebab hal lain pulak yang tak settle.Ingatkan nak jumpa puan~pasal interview english aku tu lah...huhuhu.Tapi tak pe...yang penting petang rest,yay!

Tiga:Berbuka di masjid
Alhamdulillah..kenyang berbuka.Esok boleh pergi lagi, bukan sahaja dapat makan free tapi boleh makan ramai-ramai (makan dalam talam).Bagus sebab boleh kawal makan..selalu makan ikut suke hati aku sampai perut pun dah kedepan..hehehe,tapi dah makan ramai-ramai ni malu pulak nak melahap banyak-banyak.Selain tu jimat duit...tak payah beli makanan dan air lagi.Baru tahu lepas terawih ade tadarus al-Quran...nanti boleh pergi~insyaAllah

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

No comments: