Wednesday, November 7, 2012

Mencari Terang

Congrats..!!!
Tahniah kepada roomate terchenta di atas kemenangan beliau semalam
(time nila nak mengaku roomate..?hehe)
Beliau dan suku sakat beliau telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan futsal semalam.
Jujur aku sendiri tidak menyangka beliau mempunyai bakat menendang bola kerana selama ini aku hanya melihat kepakaran beliau dalam hal-hal mengingati nama-nama pelakon korea dan Jepun sahaja.

Betul la orang cakap tidak ada yang mustahil dalam dunia ni.Kadang-kadang kita tak nampak potensi dan peluang dalam diri kita.Sebab kita takut nak tonjolkan apa yang kita ada (bukan mengenai menonjolkan apa yang ada pada badan anda tau..).Sila jangan salah tafsir ok...:)

Contohnya aku yang tak reti nak hantar memo kat dalam e-com.Kalau aku terus-menerus menolak untuk ditugaskan menghantar memo;dengan alasan yang sama iaitu tak reti nak buat.Maka sampai bila-bila pun aku tak akan tahu cara untuk menghantar memo.

Begitu juga halnya dalam membuat lab report.Kalau dari dulu sampai sekarang aku selalu sahaja membuat pelbagai alasan untuk mengelak melakukannya.Maka sampai tua pun aku tak tahu macam mana nak analysis data...

Pada pendaapt aku,orang yang berani melakukan perkara-perkara baru adalah orang berfikiran positif dan berani menyahut cabaran yang diberi.Sentiasa bersedia melakukan perkara-perkara baru dan bersifat ingin tahu yang mendalam.Mereka selalu menganggap masalah sebagai peluang.

Aku?
Secara peribadi aku masih belajar untuk semua itu.Dalam banyak perkara aku masih takut untuk mengambil risiko.Takut untuk dipersalahkan,takut untuk diperlekehkan.Walaupun hakikatnya siapalah aku untuk menjadi sempurna sedangkan aku hanya insan biasa.Aku sedar tapi aku tidak mahu mengakuinya.Itulah aku..

Kadang-kadang aku mengharapkan orang memahami situasi aku.Sedangkan aku terus menerus mencari kesalahan mereka.Seharusnya aku meletakkan diri aku dalam situasi mereka,agar mereka dapat meletakkan diri mereka dalam situasi aku.Mungkin.....

Teralu banyak hakikat kehidupan yang perlu difahami..

No comments: