Wednesday, November 7, 2012

ENVIRONMENT + MENTAL = ENVIRONMENTAL

Dear my belog...

Hari yang sangat panjang dan haku tak tidur langsung. Hebat.

Bangun pagi dalam keadaan separuh rela sebab hujan. Tapi disebabkan kelas environmental mula pukul lapan pagi...diulangi lapan pagi, wajib jugak bersiap-siap untuk ke kuliah. Amma...appa..help me~!Punya lah semangat meredah hujan di pagi hari (matahari menyorok sampai bayang pun tarak nampak). Sampai kelas dengan keadaan diri yang serabai~tetap sabar menunggu lecturer datang. Tapi lastly semua surrender sebab tahap kesabaran dah sampai limit. semua larikk balik~jadi secara tidak rasminya kelas cancel. Hahaha.Tapi sampai aje bilik dapat mesej bertubi-tubi~bagitahu yang kelas tu di ada jugak tapi mula pukul 11. HoHohO...Sangat menguji kesabaran haku sebagai manusia.

Hari ni adalah hari pertama masuk kelas environmental eng. Satu perkataan yang boleh discribe pasal kelas ni ialah : seronok. Buat masa ni lah...esok-esok tak tahu lagi. Ngee~Love the way Puan tu bagi lecture. Sambil mengajar beliau share pengalaman dan knowledge beliau.

She talked about water filter yang emak-emak guna tu.
Owh..baru tahu walaupun filter tu bertujuan untuk "membersihkan" air dan sangat popular di kalangan emak-emak tapi menurut kata lecturer aku tahap pH air daripada filter sebenarnya adalah lebih tinggi~more to acid. Dan sebenarnya to increase level of oxygen dalam air bukanlah semudah air batu campur. Jadi besar kemungkinan any filter yang mampu menambah jumlah oksigen dalam air~hanyalah gurauan semata-mata. Dan sebenarnya (dah macam lagu Yuna pulak) tahap pH air yang sesuai untuk diminum ialah diantara 6.5 hingga 9.0.OOOo.........

Netherlands.
Lecturer haku bagitahu sebenarnya air ECPI yang berharga RM8 tu adalah air paip daripada Holland. Try surf tapi tarak jumpa pulak. Tapi that water memang terbukti tersangatlah bersih dan bagus untuk diminum sebab senang di-absorb oleh darah dalam badan. HohO. Seterusnya nak story yang negara Holland tu actually terletak dua meter bawah paras laut~means lagi rendah daripada paras laut lah. Selain tu negara tersebut mempunyai dam yang canggih. Bak kata lecturer haku.."so marvellous...". But for UK, tap water kat sana mempunyai level hardness yang sangat tinggi. Bak kata beliau kalau kena tangan akan rasa kesat-kesat gitu (tak tahulah kesahihan benda ni sebab paip air UK pun tak pernah pegang lagi...one day in future insyaAllah). Kalau tak biasa boleh allergic~kata beliau. Sangat sesuai bagi penduduk kat sana yang jarang mandi.

Tiba-tiba semangat nak masuk kelas environment. Ehee :P

Waktu zaman sekolah dolu-dolu HOLLAND bermaksud~
"Hope Our Love Lasts And Never Die"

2 comments:

Anis said...

ade eh bnd alah holland tu yg mksd love2 segala tu
hahaa

mizz_faeeza said...

ade..lepas zaman pramatang kat MADID. hahahaha