Wednesday, November 7, 2012

SAENG-IL CHUKHA HAE



Dear my belog...

Hari ni sangat special. Hari ni merupakan hari lahir adik yang tersayang yang ke-20 . Welcome to the club!~woot woot. Pejam..celik..makan..membuang..tak sedar beliau sudah besar gajah. Masa kecik-kecik dulu kebanyakan orang akan misunderstand yang kami ni twin sebab saiz lebih kurang walaupun aku tua 2 tahun (haha..i look younger lah ye. Ehe..). Sudah dewasa ni memang kalau tengok dari jauh (mahupun dekat)..she is bigger than me. Terlebih kalsium agaknya.

Matured.
Walaupun aku ni sepatutnya berperanan sebagai kakak. Tapi dalam banyak hal aku akan bergantung kepada beliau. Haha..apekah?Sebab beliau lebih matang dan tahu banyak perkara berbanding dengan aku yang hanya reti makan dan tidur. Even beliau telah mendapat lesen kereta sewaktu berumur 17 tahun...aku pulak sekarang ni hanya ada lesen L walaupun dah berumur 22. Jeles jugak..kekekeke. Tapi takpe lah. She deserves it~

Doa aku, semoga beliau sentiasa diberikan kesenangan dan kemudahan dalam kehidupan. May Allah bless her. Amin!~


Say belacans....hek


Sayangilah keluarga anda*tetiba

No comments: