Wednesday, February 15, 2012

cliche'

Alhamdulillah.

Dah dua hari masuk semester baru. Satu semester lagi sebelum bergelar jurutera. oh~Mungkin juga tidak. Aku rasa mungkin aku kena mula dari bawah balik. Mungkin~Tapi hati kecik aku tetap menyimpan 1% keyakinan untuk perkataan jurutera itu. InsyaAllah. Ada rezeki aku akan mengorak langkah ke situ. Dan andai belum tiba masanya. Aku redha. Any job is accepted. Selagi aku dapat kerja. Sangat nervous memikirkan nasib selepas tamat belajar. Macam ada kereta api yang lalu kat jantung..heee. Buat masa ni hati masih dengan keputusan A. Iaitu lepas habis ijazah mahu kerja. Sebab...? Sebab aku rasa dah sampai masanya aku menyumbang sesuatu kat keluarga. Cukuplah 23 tahun ni mereka menyara anak mereka yang seorang ini. Lagi pun adik aku nak sambung degree pulak this year. So aku harap aku boleh dapat kerja yang sesuai supaya aku boleh ringankan beban parent. Sekurang-kurangnya mampu nak belikan ibu handbag baru dan bagi duit belanja kat adik (sebab sebelum ni makan pizza pun dia yang belanja..hehe).

Berkenaan kecintaan aku terhadap bidang pendidikan atau kemungkinan menyambung pelajaran ke peringkat master (which is plan B). Mungkin perlu dipendamkan buat seketika. Tapi sebenarnya aku sudah mula google apa yang patut. Sudah mula mencari tempat yang dirasakan sesuai jika ditakdirkan aku perlu menyambung pengajian suatu hari nanti. Juga peluang untuk masuk ke dalam bidang pendidikan dengan kadar segera. Mana nak cari kabel ni adoinye pon.


I want to shoot the stars !

No comments: