Saturday, December 15, 2012

HUSNUZON

Maturity.

Kena kaji perkataan ni lebih mendalam nampaknya. Aku benci bila aku ada perasaan cemburu. Walaupun manusia kata cemburu tanda sayang (wtfish -.-''). 

Aku cuba memahami situasi. Cuba merungkai pokok pangkal kenapa rasa cemburu tu wujud. Kesimpulan yang aku dapat ialah aku kena bersihkan balik hati aku. Betulkan niat dan..hidup perlu diteruskan. Mungkin belum tiba masanya orang nampak apa yang aku buat...atau cuba buat. Aku nak bersangka baik dalam hal ni. Aku tak nak 'ruin all the things' disebabkan kebodohan aku untuk 'handle' perasaan. 

Apa yang penting sekarang ni, aku kena buat sehabis baik. Siapkan semua task yang aku dapat dengan jayanya. Belajar daripada kesilapan yang lepas-lepas. Bersyukur dengan kehidupan sekarang (so much better than before...eventhough i really really miss my life with ex-rommates ). Dan yang paling penting...husnuzon (;


Expecting the world to be fair to you because you are fair to them, is like expecting a lion to not to eat you because you are a vegetarian!
-Willy Wonka


p/s : Teruja. Melalui hari-hari dewasa.